Friday, 16 November 2012

LAGU RASMI SEKOLAH


Pelajar Tahap 1 menyanyikan lagu rasmi SK. Rampayan semasa perhimpunan petang Isnin.

LAGU KELUARGA BAHAGIA







Lagu Keluarga Bahagia dari kumpulan Saujana berkesinambungan dengan topik pembelajaran

RAKAMAN MAKRO PENGAJARAN


Rakaman Makro Pengajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 Gemilang 
SK. Rampayan Kota Kinabalu

LATIHAN- MAKNA PERKATAAN


RUJUKAN KAMUS DEWAN

Contoh : bahagia – suasana senang dan aman, damai serta gembira

Bahagia     Ibu      Kasih          Keringat        Pengorbanan
Cinta         Keluarga      Pesan      Ayah        Darah


-  Suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.
-  Orang yang melahirkan kita, emak.
-  Perasaan sayang terhadap seseorang atau sesuatu.
-  Peluh.
-  Perihal mengorbankan ( berkorban ).
-  Cecair berwarna merah yang mengalir dalam tubuh manusia atau 
    binatang.
-  Perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada ( Negara, orang 
    tua , kebebasan dan lain- lain).
-  Kaum~ saudara- mara, kaum kerabat, sanak saudara.
-  Amanat (nasihat, permintaan, suruhan, dan lain- lain ) yang 
    diterima.
-  Bapa, orang tua.



PUISI SAYANGI KELUARGA

SAYANGI KELUARGA

Bahagia seluruh semesta
 bermula dari keluarga bahagia
dari titis susu ibu tersayang
terbina sungai kasih yang panjang
Tumbuh dari keringat ayah
kita perah pengorbanannya yang melimpah
air matanya mengalir di darah kita
Rentaslah seribu lautan
Kembaralah di serata benua
tak kan kau temui semurni cinta
semurni cinta keluarga
Bila langkah remajamu ditusuk sembilu
kembara dewasamu diamuk nafsu
kenanglah pesan ibu
ingatlah madah ayah:
Kembalilah ke jalan Allah.


RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

Tarikh/Hari            : 30 Oktober 2012.
Masa                     : 9.00 – 9.30.
Kelas                     : 4 Cemerlang.
Bilangan Murid     : 40 Orang.
Mata Pelajaran     : Bahasa Malaysia.
Tajuk                     : Keluarga Bahagia.
Objektif                 : Di akhir pelajaran murid-murid dapat:
                             1.Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi perbualan.
                             2.Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan intonasi yang betul
Pengetahuan Sedia Ada: Setiap murid mempunyai keluarga masing-masing.
Konsep                 : Berbual tentang keluarga.
Bahan                   : Petikan keluarga/prosa, rakaman lagu keluarga bahagia, kertas catatan.
Nilai                       : Kasih sayang, hormat-menghormati.
Kemahiran            : Fokus Utama.
                             1.1: Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan
                                    seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan,
                                    intonasi dan nada yang sesuai.
                              Aras 2 (i)  Menggunakan kata panggilan dengan ganti nama diri yang
                                               sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
                               Fokus Sampingan.
                             5.2: Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca
                             Aras 1 (i)  Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan intonasi yang betul.
                                              
Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
( 2 minit )
Mendengar dan menyanyikan  lagu
Meminta  pelajar mendengar lagu dan seterusnya menyanyi bersama
Murid mendengar lagu dan seterusnya menyanyi bersama
Lagu dari Kumpulan Saujana Keluarga Bahagia di ambil dari youtube
80N79zZ7hV0


Langkah 1
(3 Minit)
Bersoaljawab tentang keluarga.
Gambar sebuah keluarga.
Guru menunjukkan gambar sebuah keluarga dan menyoal murid:
1.Adakah kamu mempunyai keluarga?
2.Adakah kamu sayang kepada keluarga?
3.Apakah aktiviti yang selalu dilakukan bersama keluarga pada masa cuti?
4.Guru mengaitkan gambar dengan tajuk yang diajar.
Murid memerhatikan gambar dan menjawab soalan daripada guru.






Langkah 2
(5 Minit)




Petikan Keluargaku Sayang
1.Guru meminta murid-murid membaca petikan
2.Guru menyoal murid tentang isi petikan
1.Murid membaca petikan beramai-ramai.
2.Murid menjawab soalan guru berdasarkan petikan.
SAYANGI KELUARGA
Bahagia seluruh semesta
bermula dari keluarga bahagia
dari titis susu ibu tersayang
terbina sungai kasih yang panjang

Tumbuh dari keringat ayah
kita perah pengorbanannya yang melimpah
air matanya mengalir di darah kita
Rentaslah seribu lautan
Kembaralah di serata benua
tak kan kau temui semurni cinta
semurni cinta keluarga

Bila langkah remajamu ditusuk sembilu
kembara dewasamu diamuk nafsu
kenanglah pesan ibu
ingatlah madah ayah:
Kembalilah ke jalan Allah.



Langkah 3
(8 Minit)

Berbincang dalam kumpulan dan mencari makna perkataan dalam teks.
1.Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan dan mencari makna perkataan yang diwarnakan dari teks dengan menggunakan kamus.
2.Guru meminta murid melaporkan  hasil perbincangan di hadapan kelas
1.Murid mencari makna perkataan yang diwarnakan dalam petikan.
2.Wakil kumpulan menulis hasil perbincangan di papan tulis.
Kemahiran bernilai tambah: menjana idea
Nilai: bekerjasama, rajin dan teliti.

Langkah 4
( 4 minit )
Menulis dan memadankan makna perkataan dalam dalam lembaran kerja.
1.Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan untuk memadankan perkataan dengan makna yang bersesuian dan seterusnya menulis semula ke dalam lembaran kerja
1.Murid memadankan  dan menulis perkataan dalam lembaran kerja.
Tatabahasa: Kata nama.
                    
Langkah 5
( 6 minit )
Membina  ayat mudah daripada perkataan yang berwarna dalam teks.

1.Guru mengarahkan murid membina ayat mudah berdasarkan perkataan.

1.Murid membina ayat mudah dengan lengkap.

Nilai: Membuat kerja dengan bersungguh-sungguh dan teliti.
Penutup
( 2 minit )
Rumusan isi kandungan
dan menyambung menyanyi  lagu keluarga bahagia
Guru menyoal murid-murid:
1.Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi
2.Apakah perasaan murid-murid setelah mempelajari tajuk “Keluarga Bahagia”
1.Murid menjawab soalan berdasarkan apa yang mereka telah pelajari
2. Murid menyanyi semula lagu keluarga bahagia bersama kumpulan saujana
Aktiviti ini dibuat untuk menguji pemahaman murid-murid mengenai tajuk yang dipelajari.


=80N79zZ7hV0