Wednesday, 12 December 2012

KAJIAN TINDAKAN


MENINGKATKAN PRESTASI MURID TAHUN 4 GEMILANG
SK. RAMPAYAN MENGGATAL KOTA KINABALU
DALAM ASPEK   BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN
KAEDAH  BERBAHASA  FORMAL  SECARA LISAN DAN AMALAN BERKESANTUNAN..

Abstrak
Pelajar yang baik akan sentiasa bersopan ketika berbahasa secara lisan dengan ibu bapa,ahli keluarga,  guru serta rakan- rakan. Bahasa- bahasa yang digunakan perlu menggunakan tatabahasa yang betul. Laras bahasa yang sesuai juga perlu digunakan dengan betul dalam setiap pertuturan. Pengamalan konsep kesantunan dalam komunikasi secara lisan akan memberikan impak yang positif terhadap perkembangan individu. Pelajar yang mengamalkan konsep kesantunan semasa berbahasa akan terbawa- bawa tabiat positif tersebut dalam budaya pembelajaran mereka. Meraka juga akan mempunyai tatabahasa yang baik serta mampu menghasilkan penulisan karangan yang berkualiti tinggi dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Namun begitu terdapat segelintir pelajar tidak mengamalkan konsep kesantunan dalam komunikasi lisan. Ramai yang menggunakan tatabahasa yang tidak betul. Oleh itu kajian tindakan ini dijalankan terhadap murid- murid SK. Rampayan Menggatal, bagi mengenal pasti lebih mendalam masalah- masalah tersebut. Bagi menjalankan kajian ini kumpulan sasaran seramai 32 orang murid Tahun 4 Gemilang dipilih.

Pengenalan
Saya baru saja bertukar ke Sk. Rampayan Menggatal lebih kurang lapan bulan yang lalu. Sebelum ini saya bertugas di sebuah sekolah yang besar dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Pelajar di sekolah lama saya juga ramai dan kualiti sekolah lama saya adalah baik. Bila saya sampai di Sk. Rampayan, iaitu sebuah sekolah kecil, serba serbi kurang, padang bola tiada, bilik darjah pula kurang. Sekolah baru saya ini dibahagikan kepada dua sesi pengajaran iaitu sidang pagi untuk tahap 2 dan sidang petang untuk tahap 1. Saya ditugaskan di sidang pagi mengajar subjek Bahasa Melayu di tahun 4 Gemilang. Di hari pertama saya mengajar bahasa Melayu dalam kelas 4 Gemilang, saya merasa agak hairan, kebanyakkan pelajarnya tidak mahu bercakap dengan saya,  namun begitu bila masa saya tamat dan saya keluar, kelas tersebut riuh rendah. Pelajar juga tidak meminta kebenaran dari saya apabila hendak pergi ke tandas atau keluar masa rehat. Saya semakin merasa pelik dan timbul persoalan dalam diri saya”kenapa kelas ini, tidak aktif , pelajar nya pun semacam”. Bila saya masuk untuk hari yang berikutnya, dan saya mengarahkan pelajar membina ayat mudah, mereka tidak dapat membina ayat mudah. Walaupun beberapa kali saya memimpin mereka. Saya merasa tidak puas hati lalu bertanya kepada rakan sejawat tentang kelas tersebut. Dengan pengetahuan saya tentang kelas itu saya bercadang untuk membuat kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki kelas tersebut.

1.0 Refleksi Masalah yang lalu.
Kajian tindakan ini adalah disasarkan kepada semua pelajar seramai 34 orang pelajar tahun 4 Gemilang, SK. Rampayan Menggatal, Kota Kinabalu. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan prestasi Bahasa Melayu. Meraka perlu menggunakan Kaedah Berbahasa Secara Formal dan Berkesantunan dalam setiap perlakuan mereka samada di bilik darjah atau di luar bilik darjah. Melalui kaedah ini juga cara berbahasa mereka akan semakin baik mengikut laras tatabahasa yang betul. Ayat- ayat yang dilafazkan mereka juga diharapkan menjadi semakin baik dan matang serta berkualiti tinggi. Melalui kaedah berbahasa secara formal dan berkesantunan ini juga diharapkan mereka dapat menggunakan gaya berbahasa mereka dalam membuat karangan- karangan pendek serta memperbaiki tatabahasa dalam karangan tersebut. Seterusnya perubahan sikap mereka juga diharapkan lebih baik iaitu lebih bersopan, tertib dan teratur.
Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui markah ujian semester dan empat siri ujian, juga latihan harian.Perbandingan markah ujian dibuat daripada keputusan dari ujian pertama sehingga ujian terakhir iaitu ujian yang keempat. . Dalam kajian ini mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam pencapaian murid yang terlibat  dari segi markah ujian mereka. Selain itu terdapat perubahan sikap  yang agak postiif dalam amalan pelajar iaitu tidak lagi tergesa- gesa atau kalang kabut ketika ingin melakukan sesuatu. Ini disebabkan semua perlakuan perlu dibuat menitik beratkan kesantunan. Perubahan yang positif juga berlaku dalam diri saya sebagai seorang guru iaitu ketika melakukan pengajaran dan pembelajaran, saya perlu mengawal kelakuan dan aktiviti saya iaitu saya perlu melakukan secara tertib dan amalan kesantunan sepanjang masa. Saya menjalankan kajian tindakan ini selama 5 bulan iaitu bermula dari pertengahan semester iaitu Jun hingga November.
Di bawah disertakan kemahiran yang diajar dan senerai pelajar yang sudah menguasai, kurang menguasai dan tidak menguasai. Saya menyediakan dua set keputusan iaiaitu untuk bulai julai dan Oktober. Perbandingan pencapaian pelajar boleh di lihat melalui penguasaan kemahiran. Ada pertambahan penguasaan kemahiran. Ini merupakan sesuatu keadaan yang baik dalam iklim pembelajaran Bahasa Melayu tahun 4 Gemilang.






Borang Pencapaian Kemahiran Bahasa Melayu

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu  / 4G                                    Bulan : Julai
Bil
Nama
Karangan A
Karangan B
Bahagian C / Nilai Murni
Tatabahasa
Bacaan
Pemahaman
1
Adam Hazig
M
M
M
KM
M
M
2
Ag Yushairie
M
M
M
KM
M
M
3
Aishah Nordin
KM
KM
KM
KM
M
KM
4
Dezzarizan
KM
KM
KM
KM
M
KM
5
Dg. Atikah
KM
KM
KM
KM
M
KM
6
Dg. Norsia
KM
KM
KM
KM
M
KM
7
Dg. Nurul
KM
KM
KM
KM
M
KM
8
Erni Harun
M
KM
M
KM
M
M
9
Farhana
M
KM
KM
KM
M
KM
10
Ghazali Omen
M
KM
KM
KM
M
KM
11
Hakimi Ali
KM
KM
KM
KM
M
KM
12
Hanizan Amal
KM
TM
KM
TM
KM
TM
13
Irene Sya
M
KM
KM
KM
M
M
14
Izatul
M
KM
KM
KM
M
KM
15
Mazarah
M
KM
KM
KM
M
KM
16
Md. Adib
M
KM
KM
KM
M
M
17
Md. Fikri
M
KM
M
KM
M
M
18
Md. Hairul
KM
KM
KM
KM
M
KM
19
Md. Jani
KM
KM
KM
KM
M
KM
20
Murziman
KM
TM
KM
KM
M
TM
21
Nazihah
M
KM
KM
KM
M
KM
22
Noratiah
M
KM
KM
KM
M
KM
23
Nur Alwia
M
KM
KM
KM
M
KM
24
Nur Fitri
M
KM
KM
KM
M
KM
25
Nur Irfan
KM
KM
KM
KM
M
KM
26
Nur Syria
KM
KM
KM
KM
M
KM
27
NurAmira
M
KM
KM
KM
M
M
28
Nurul Fatihah
M
M
M
KM
M
M
29
Shane Kamal
M
KM
M
KM
M
M
30
Sharizal
M
KM
KM
KM
M
KM
31
SitiNur Husna
KM
TM
TM
TM
KM
TM
32
Syafiqah
M
KM
KM
KM
M
KM
33
Zulnazmi
KM
KM
KM
KM
KM
KM
34
Zulnizam
KM
KM
KM
KM
M
KM

Petunjuk :  M : Menguasai      KM  : Kurang Menguasai        TM : Tidak Menguasai
Borang Pencapaian Kemahiran Bahasa Melayu

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu  / 4G                                    Bulan : Oktober
Bil
Nama
Karangan A
Karangan B
Bahagian C / Nilai Murni
Tatabahasa
Bacaan
Pemahaman
1
Adam Hazig
M
M
M
M
M
M
2
Ag Yushairie
M
M
M
M
M
M
3
Aishah Nordin
KM
KM
KM
KM
M
KM
4
Dezzarizan
KM
KM
KM
KM
M
KM
5
Dg. Atikah
KM
KM
KM
KM
M
KM
6
Dg. Norsia
KM
KM
KM
KM
M
M
7
Dg. Nurul
M
M
KM
KM
M
M
8
Erni Harun
M
M
M
M
M
M
9
Farhana
M
KM
KM
KM
M
KM
10
Ghazali Omen
M
M
KM
M
M
M
11
Hakimi Ali
M
KM
KM
KM
M
M
12
Hanizan Amal
KM
TM
KM
TM
M
TM
13
Irene Sya
M
M
M
M
M
M
14
Izatul
M
M
KM
KM
M
M
15
Mazarah
M
M
KM
M
M
KM
16
Md. Adib
M
M
KM
M
M
M
17
Md. Fikri
M
M
M
M
M
M
18
Md. Hairul
M
M
KM
M
M
M
19
Md. Jani
M
M
KM
KM
M
M
20
Murziman
M
KM
KM
M
M
KM
21
Nazihah
M
M
M
M
M
M
22
Noratiah
M
KM
KM
KM
M
KM
23
Nur Alwia
M
KM
KM
KM
M
KM
24
Nur Irfan
M
M
KM
M
M
M
25
Nur Syria
KM
KM
KM
KM
M
KM
26
NurAmira
M
M
KM
M
M
M
27
Nurul Fatihah
M
M
M
M
M
M
28
Nurul Iman
M
KM
KM
KM
M
KM
29
Shane Kamal
M
M
M
M
M
M
30
Sharizal
M
KM
KM
M
M
KM
31
SitiNur Husna
KM
TM
TM
TM
KM
TM
32
Syafiqah
M
M
KM
M
M
M
33
Zulnazmi
M
KM
KM
KM
M
M
34
Zulnizam
M
M
KM
M
M
M
Petunjuk :  M : Menguasai      KM  : Kurang Menguasai        TM : Tidak Menguasai
Pelajar bertanda kuning perlu diberi perhatian yang lebih khusus.
HEADCOUNT PELAJAR 4 GEMILANG 2012
MATA PELAJARAN : Bahasa Malaysia kertas 1
Bil

Nama murid
TOV
PENCAPAIAN
OTI
AR2
OT2
AR2
OT3
AR3
OT4
AR4
1
Adam hazig
78
70
73
58
73
73
76
75
78
2
Ag. Yushairie
78
75
78
53
78
85
88
75
88
3
Aishah Nordin
78
58
61
63
66
58
66
65
68
4
Dezzarizan
53
25
28
40
43
68
71
53
71
5
Dg. Atikah
65
62
65
68
71
75
78
75
78
6
Dg. Norsia
43
65
68
53
68
58
68
63
68
7
Dg. Nurul
52
52
55
73
76
70
76
73
76
8
Erni Harun
58
65
68
68
71
78
81
83
86
9
Farhana
60
60
63
65
68
63
68
70
73
10
Ghazali Omen
63
65
68
53
68
68
71
70
73
11
Hakimi Ali
72
55
58
58
61
63
66
68
71
12
Hanizan Amal
50
40
43
48
51
38
51
45
51
13
Irene Sya
37
50
53
63
68
53
68
65
68
14
Izatul
45
57
60
53
60
53
60
73
76
15
Mazarah
80
55
58
45
58
60
63
65
68
16
Md. Adib
55
65
68
65
68
70
73
63
73
17
Md. Fikri
48
62
65
58
61
65
68
80
83
18
Md. Hairul
62
47
50
63
66
48
66
60
66
19
Md. Jani
60
42
45
50
53
50
53
53
56
20
Murziman
42
55
58
53
58
58
61
55
61
21
Nazihah
88
52
55
63
66
58
66
70
73
22
Noratiah
63
50
53
40
53
45
53
75
78
23
Nur Alwia
45
45
48
43
48
55
58
63
66
24
Nur Amira
88
60
63
58
63
73
76
78
81
25
Nur Fitri
63
50
53
40
53
45
53
75
78
26
Nur Irfan
72
52
55
55
58
58
61
65
68
27
Nur Syria
48
65
68
53
68
60
68
75
78
28
Nurul Fatihah
73
52
55
58
61
80
83
85
88
29
Nurul Iman
78
62
65
53
65
76
79
88
91
30
Shane Kamal
53
70
73
73
76
65
76
78
81
31
Sharizal
48
65
68
53
68
60
68
75
78
32
Siti Nur Husna
27
27
30
40
43
40
43
43
46
33
Zulnazmi
45
60
63
58
63
58
63
68
71
34
Zulnizam
72
57
60
50
60
58
61
70
73


Analisa Headcount Kelas 4 Gemilang 2012.
Pelajar didapati mempunyai pencapaian yang sentiasa meningkat. Namun begitu ada juga yang masih mendapat pencapaian yang mendatar. Usaha lebih gigih perlu dilakukan.
Analisa keputusan ujian Bahasa Melayu Kertas 1 mengikut gred dan peratus

Ujian
Gred  / Peratus

A
%
B
%
C
%
D
%
OT1
-
-
3
8.82
25
73.53
6
17.7
OT2
-
-
2
5.88
27
79.1
5
14.71
OT3
2
5.9
7
20.59
23
67.65
4
11.76
OT4
4
11.76
17
50
11
32.35
2
5.88


2.0 Fokus Kajian / Masalah Utama
Hasil dari pemerhatian saya selama lapan bulan saya mengajar di Sk. Rampayan, saya dapati :
a.    Murid lebih suka menggunakan bahasa ibunda masing- masing.
b.    Murid bertutur tidak menggunakan tatabahasa yang betul.      
c.    Murid tidak menggunakan bahasa yang sopan ketika berinteraksi dengan guru dan kawan- kawan.
d.    Sikap murid tidak bersopan ketika berhadapan dengan guru.
e.    Keluar kelas sesuka hati walaupun ada guru di dalam kelas
f.     Sikap kalang kabut amalan di kalangan pelajar amat meluas.
g.    Budaya meminta kebenaran tidak ada di sekolah baru saya ini.
h.    Tahap penguasaan Bahasa Melayu murid amat lemah.
i.      Daripada 34 orang pelajar tahun 4 sebagai  kajian saya, pada Julai 2012 iaitu permulaan kajian saya, hanya  4 orang pelajar menguasai kemahiran- kemahiran yang diajarkan itu pun tidak menyeluruh. Penilaian kemahiran yang saya masukkan ke dalam kajian saya iaitu karangan bahagian A, Karangan bahagian B iaitu karangan bergambar, karangan bahagian C iaitu Nilai Murni, Tatabahasa, , bacaan, dan pemahaman. Saya menggunakan data penilaian melalui semakkan buku kerja, semakan hasil kerja rumah, interaksi semasa di dalam bilik darjah, melalui kertas ujian dan peperiksaan. Semua data pelajar saya kumpulkan dan rekodkan dalam buku rekod mengajar saya dengan teratur.
Saya bertanggapan sekiranya masalah di atas tidak diatasi saya khuatir :
a.    Penguasaan bahasa murid akan lebih rendah.
b.    Budaya kurang sopan akan berleluasa berlaku di sekolah ini.
c.    Murid tidak akan menghormati guru yang mengajar di sekolah ini.
d.    Tahap perkembangan emosi pelajar akan sentiasa terancam.
e.    Murid akan terbiasa dengan budaya tidak meminta kebenaran ketika hendak melakukan sesuatu.
f.     Tidak menghormati hak orang lain.
g.    Prestasi akademik mereka juga tidak stabil.
h.    Minat untuk belajar akan menurun.
i.      Prestasi akademik dan disiplin pelajar sekolah merosot.
j.      Kelemahan ini akan berterusan sehingga ke sekolah menengah.

3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Umum :
Meningkatkan tahap kesopanan dikalangan murid melalui penggunaan bahasa yang bersantun serta meningkatkan tahap kemahiran tatabahasa dan pencapaian berbahasa  Melayu murid.

3.2 Objektif Khusus :
3.2.1 Peningkatan kualiti  Bahasa Melayu
3.2.2 dapat membina kemahiran bertutur dengan baik.
3.2.3 meningkatkan prestasi pelajar dalam ujian /peperiksaan


4.0 Kumpulan Sasaran
34 orang murid Tahun 4 gemilang. Terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan 21 orang murid perempuan.
5.0 Pelaksanaan Kajian
5.1. Tinjauan awal masalah
Sebelum langkah- langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti menggunakan soalan berikut:
5.1.1 Apakah bahasa yang anda gunakan?
5.1.2  Adakah anda boleh berbahasa Melayu?
5.1.3 Adakah anda boleh berbahasa Melayu dengan betul?
5.1.4 Adakah anda sering berbahasa Melayu dengan guru anda?
5.1.5 Adakah anda menggunakan Bahasa Melayu ketika bertutur dengan rakan?
5.1.6 Adakah anda suka bertutur dalam bahasa Melayu?
5.1.7 Adakah anda menggunakan bahasa yang sopan ketika bertutur dengan rakan?
Saya juga mengumpulkan semua data maklumat pencapaian semua pelajar 4 Gemilang dan menuliskannya ke dalam rekod prestasi pencapaian pelajar.

5.2 Perlaksanaan aktiviti
Saya namakan pelan tindakan saya iaitu “Mahir Berbahasa, Sopan Berbicara’.

5.2.1 Aktiviti 1.
Dalam tempoh kajian tindakan saya selama 1 semester ini, saya sebagai guru mengajar Bahasa Melayu di dalam kelas 4 Gemilang mempastikan setiap pelajar sentiasa mematuhi peraturan seperti berikut :
a.    Sentiasa memberi hormat kepada guru yang masuk ke dalam kelas. Semua pelajar mesti berdiri tegak. Pelajar mesti melafazkan “Selamat pagi Cikgu”, “Salam Sajehtera Cikgu”, “Terima kasih Cikgu”, “Maafkan saya Cikgu”.
b.    Apabila hendak keluar dari kelas secara individu “Maafkan saya Cikgu, benarkan  saya pergi ke tandas”.
c.    Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, semua pelajar diarahkan menggunakan bahasa Melayu secara formal . Pelajar diarahkan membuat ayat lengkap, menggunakan  laras bahasa yang betul.
d.    Semua hasil kerja pelajar yang berkualiti akan dipamerkan di papan kenyataan di dalam kelas.
e.    Pelajar tidak dibenarkan membawa majalah gila- gila, ini disebabkan kebanyakkan laras bahasa didalam penulisan majalah berkenaan lebih kepada laras bahasa pasar atau bahasa rojak.
f.     Pelajar juga diarahkan membina buku skrap mengenai tatabahasa. Pelajar boleh menghias buku skrap berkenaan mengikut kreativiti masing- masing. Pelajar yang dapat menghasilkan kerja berkualiti akan menerima bintang berbentuk lencana menandakan dia telah menghasilkan kerja yang berkualiti. Semua aktiviti yang memberangsangkan akan menerima anugerah iaitu lencana bintang. Semua lencana akan dikumpulkan bila tempoh program pelan tindakan tamat. Pelajar yang dapat memperoleh banyak bintang akan menerima hadiah rangsangan berupa buku dan beberapa barangan sekolah.

5.2.2 aktiviti 2
Saya juga meminta pihak pentadbiran untuk memberi peruntukkan untuk membuat poster kempen bersopan santun di sekolah. Saya menyediakan beberapa tulisan yang berkaitan dengan sopan santun seperti “Gunakan Bahasa Malaysia dengan betul”, “tutur kata yang sopan pilihanku”, “Bahasa Jiwa Bangsa’, dan lain- lain perkataan yang sesuai dengan kesantunan bahasa. Semua poster dipamerkan di kawasan sekolah. Secara tidak langsung hiasan poster tersebut menjadi objek yang boleh mendidik pelajar.

5.2.3 aktiviti 3
Dalam setiap perhimpunan pagi, saya akan menyuruh pelajar berbaris di luar bilik darjah dalam keadaan teratur dan bersopan. Saya akan mempastikan pelajar dalam keadaan kemas. Saya akan menyuruh seorang pelajar untuk membuat aktiviti bercerita. Cerita pendek sudah saya sediakan. Pelajar Cuma membaca menggunakan intonasi dan gaya bahasa yang betul. Pelajar lain pula mendengar cerita. Selepas aktiviti bercerita selesai pelajar boleh masuk ke dalam kelas secara beratur dan tertib.

5.2.4 aktiviti 4
Bagi menambahkan kesedaran tentang kesantunan berbahasa, Semasa Minggu Bahasa Melayu, berbagai aktiviti bahasa telah dijalankan. Saya membuat aktiviti secara berkumpulan iaitu membuat buku skrap. Tema buku skrap ialah “Tutur Kata Sopan “. Semua maklumat buku skrap perlu dipotong dari keratan akhbar atau majalah. Pelajar juga boleh mencari maklumat dari internet dan mencetak  dan melekatkannya di dalam buku skrap kumpulan masing- masing.

6.0 Refleksi Kajian     

Sebelum kajian tindakan ini dijalankan, murid- murid 4 Gemilang tidak menonjol dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh panitia lain. Mereka tidak begitu yakin dengan kebolehan diri, walaupun saya perhatikan mereka adalah pelajar yang aktif dan bijak. Sikap pelajar pula amat mengecewakan. Meraka tidak begitu suka untuk bercakap dengan saya walaupun saya guru mengajar pelajaran bahasa Melayu mereka. Mereka juga agak liar iaitu semasa saya melakukan pengajaran, mereka keluar dan masuk kelas sesuka hati tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu. Semasa saya menyuruh beberapa orang membina ayat mudah, mereka tidak dapat membuat ayat dengan betul. Mereka lebih suka menjawab serba ringkas. Penulisan karangan mereka juga amat rendah kualitinya. Mereka juga tidak dapat memberikan gambaran tentang sesuatu gambar yang ditunjukkan. Ini menunjukkan begitu rendahnya tahap pembelajaran mereka. Keadaan ini amat membimbangkan saya. Bila saya bertanya kepada beberapa orang pelajar kenapa mereka suka keluar kelas tanpa memberitahu guru terlebih dahulu mereka memberitahu sebelum ini mereka tidak perlu memberitahu sesiapa kemana saja mereka hendak pergi. Jadi saya bertanggapan tidak ada penegasan tentang peraturan keluar dan masuk dari guru – guru yang mengajar. Saya berjanji akan mengubah situasi yang agak membimbangkan ini. Kebetulan juga sekolah telah melantik saya menjadi guru disiplin sidang pagi, saya terus mengadakan peraturan ketika keluar dari kelas perlu memakai kad keluar. Cuma 2 orang pelajar dibenarkan keluar kelas dalam satu masa.

6.1 Kesan Kajian Kepada Murid

Dalam tempoh 2 bulan  kajian dijalankan murid- murid 4 Gemilang  agak berubah sedikit. Sikap murid di dalam kelas berubah. Mereka mula meminta kebenaran dari guru apabila hendak keluar dari kelas. Mereka juga sudah boleh berbahasa dengan menggunakan tatabahasa yang betul, malah mereka juga sudah boleh membina ayat- ayat pendek dan berani tampil ke hadapan untuk membina tugasan yang diarahkan oleh guru.  Data pencapaian kemahiran mereka semakin baik.
Dengan bimbingan yang saya berikan juga pelajar mula menunjukkan keyakinan diri untuk tampil kehadapan dalam pertandingan- pertandingan yang dianjurkan oleh panitia- panitia. Disiplin mereka juga semakin baik. Tidak ada pelajar yang berkeliaran di luar bilik darjah semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Aktiviti penghasilan buku skrap berkenaan tema “mahir berbahasa, sopan berbicara”, telah berjaya mengumpulkan 6  naskah buku skrap. Isi kandungan di dalam buku skrap tersebut adalah sesuai dan bertepatan seperti yang saya arahkan. Saya merasakan semua pelajar saya cukup bermotivasi. Saya berjanji akan melibatkan mereka dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

6.2 Kesan Kajian Kepada Guru

Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, saya bertanggungjawab dalam meningkatkan kemahiran bahasa murid. Kemahiran baik secara lisan atau tulisan perlu dikuasai oleh murid sepenuhnya. Setiap hari saya sentiasa menguatkuasakan agar pelajar sentiasa menjaga kesantunan berbahasa, membina ayat yang sepenuhnya serta kaya dengan perbendaharaan kata dan memiliki penguasaan tatabahasa yang baik. Melalui kajian tindakan yang saya buat, berjaya mengenalpasti masalah murid dan persekitaran sekolah, saya coba mencari jalan penyelasaian masalah kendiri dikalangan pelajar , serta membimbing mereka mempelajari bahasa dengan cara yang betul. Saya juga merupakan guru yang mula dikenali oleh pelajar. Rasa sayang saya kepada semua pelajar mula berputik dan saya berazam akan menangani masalah semua pelajar tahun 4 Gemilang. Saya akan menjadikan mereka pelajar yang sentiasa bersopan dan berdisiplin.

7.0 Cadangan untuk kajian seterusnya

Setelah usaha saya berjaya dalam meningkatkan bilangan murid 4 Gemilang yang boleh membina ayat mudah, mempunyai perbendaharaan kata yang banyak serta mampu memiliki tatabahasa yang tinggi nilainya dan pencapaian ujian mereka pun meningkat. Sekarang tugas saya ialah memilih pelajar yang masih agak belum menguasai sepenuhnya kemahiran tatabahasa. Terdapat 5 orang pelajar yang perlu perhatian khusus. Mereka berlima akan menjadi fokus utama  membimbing mereka sehingga boleh menguasai tatabahasa dengan sepenuhnya. Saya ingin mempastikan semua pelajar saya dapat menguasai kemahiran Bahasa Melayu sepenuhnya.





















Rujukan
Puan Sainah Hassan(2012). Guru Bahasa Melayu Tahun 4. Buku Rekod Mengajar.Sk. Rampayan . Kota Kinabalu.
Mok Soon Sang (2006). Nota Pengurusan Pengajaran- Pembelajaran. Multi Media-ES Resources Sdn. Bhd.
Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 KPD 3026 (2011). University pendidikan Sultan Idris.
Mahdi Shuid, Mohd Hanafi Zainal, Abd aziz Ismail, Kamarudin Ilias ( 2010 ). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. www.penerbitan-multimedia.com.
www.sabah.edu.my/sk.pghapsah/bebm.htm - Cached
www.slideshare.net/...kajian-tindakan-bahasa-melayu-9849358 - Cached
zaridahzuber.blogspot.com/2009/05/laporan-kajian... - Cached
printfu.org/contoh+kajian+tindakan+bahasa+melayu - Cached