RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 4
Tarikh/Hari :
30 Oktober 2012.
Masa :
9.00 – 9.30.
Kelas :
4 Cemerlang.
Bilangan Murid :
40 Orang.
Mata Pelajaran :
Bahasa Malaysia.
Tajuk :
Keluarga Bahagia.
Objektif :
Di akhir pelajaran murid-murid dapat:
1.Menggunakan kata
panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi perbualan.
2.Membaca lancar
bahan sastera dan bukan sastera dengan intonasi yang betul
Pengetahuan Sedia Ada: Setiap murid mempunyai keluarga
masing-masing.
Konsep :
Berbual tentang keluarga.
Bahan :
Petikan keluarga/prosa, rakaman lagu keluarga bahagia, kertas catatan.
Nilai :
Kasih sayang, hormat-menghormati.
Kemahiran :
Fokus Utama.
1.1: Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan
dengan kehidupan
seharian
dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan,
intonasi
dan nada yang sesuai.
Aras 2 (i) Menggunakan kata panggilan dengan ganti nama
diri yang
sesuai
mengikut situasi dalam perbualan.
Fokus Sampingan.
5.2: Membaca kuat
teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami
perkara yang dibaca
Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera
dengan intonasi yang betul.
Langkah/Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Set Induksi
(
2 minit )
|
Mendengar dan
menyanyikan lagu
|
Meminta pelajar mendengar lagu dan seterusnya
menyanyi bersama
|
Murid
mendengar lagu dan seterusnya menyanyi bersama
|
Lagu
dari Kumpulan Saujana Keluarga Bahagia di ambil dari youtube
80N79zZ7hV0
|
Langkah 1
(3
Minit)
|
Bersoaljawab tentang
keluarga.
Gambar sebuah keluarga.
|
Guru
menunjukkan gambar sebuah keluarga dan menyoal murid:
1.Adakah
kamu mempunyai keluarga?
2.Adakah
kamu sayang kepada keluarga?
3.Apakah
aktiviti yang selalu dilakukan bersama keluarga pada masa cuti?
4.Guru
mengaitkan gambar dengan tajuk yang diajar.
|
Murid
memerhatikan gambar dan menjawab soalan daripada guru.
|
|
Langkah 2
(5
Minit)
|
Petikan Keluargaku Sayang
|
1.Guru
meminta murid-murid membaca petikan
2.Guru
menyoal murid tentang isi petikan
|
1.Murid
membaca petikan beramai-ramai.
2.Murid
menjawab soalan guru berdasarkan petikan.
|
SAYANGI KELUARGA
Bahagia
seluruh semesta
bermula
dari keluarga bahagia
dari
titis susu ibu
tersayang
terbina
sungai kasih yang
panjang
Tumbuh
dari keringat
ayah
kita
perah pengorbanannya
yang melimpah
air
matanya mengalir di darah
kita
Rentaslah
seribu lautan
Kembaralah
di serata benua
tak
kan kau temui semurni cinta
semurni
cinta keluarga
Bila
langkah remajamu ditusuk sembilu
kembara
dewasamu diamuk nafsu
kenanglah
pesan ibu
ingatlah
madah ayah:
Kembalilah
ke jalan Allah.
|
Langkah 3
(8
Minit)
|
Berbincang dalam kumpulan
dan mencari makna perkataan dalam teks.
|
1.Guru
meminta murid berbincang dalam kumpulan dan mencari makna perkataan yang
diwarnakan dari teks dengan menggunakan kamus.
2.Guru
meminta murid melaporkan hasil
perbincangan di hadapan kelas
|
1.Murid
mencari makna perkataan yang diwarnakan dalam petikan.
2.Wakil
kumpulan menulis hasil perbincangan di papan tulis.
|
Kemahiran
bernilai tambah: menjana idea
Nilai:
bekerjasama, rajin dan teliti.
|
Langkah 4
(
4 minit )
|
Menulis dan memadankan
makna perkataan dalam dalam lembaran kerja.
|
1.Guru
meminta murid berbincang dalam kumpulan untuk memadankan perkataan dengan
makna yang bersesuian dan seterusnya menulis semula ke dalam lembaran kerja
|
1.Murid
memadankan dan menulis perkataan dalam
lembaran kerja.
|
Tatabahasa:
Kata nama.
|
Langkah 5
(
6 minit )
|
Membina ayat mudah daripada perkataan yang berwarna
dalam teks.
|
1.Guru
mengarahkan murid membina ayat mudah berdasarkan perkataan.
|
1.Murid
membina ayat mudah dengan lengkap.
|
Nilai:
Membuat kerja dengan bersungguh-sungguh dan teliti.
|
Penutup
(
2 minit )
|
Rumusan isi kandungan
dan menyambung menyanyi lagu keluarga bahagia
|
Guru
menyoal murid-murid:
1.Apakah
yang telah kamu pelajari sebentar tadi
2.Apakah
perasaan murid-murid setelah mempelajari tajuk “Keluarga Bahagia”
|
1.Murid
menjawab soalan berdasarkan apa yang mereka telah pelajari
2.
Murid menyanyi semula lagu keluarga bahagia bersama kumpulan saujana
|
Aktiviti
ini dibuat untuk menguji pemahaman murid-murid mengenai tajuk yang
dipelajari.
=80N79zZ7hV0
|
No comments:
Post a Comment